Pages

Sunday, May 12, 2013

Selamat Hari Ibu




Hari ini hari ibu.

Tapi bagi setiap anak yang soleh/solehah, setiap hari adalah hari IBU.

20 tahun lebih, Alhamdulillah. Sudah 20 tahun lebih Allah beri saya peluang untuk menjadi seorang anak kepada mak dan ayah. Walaupun banyak kekurangan, yang harus diperbaiki diri ini.

Teringat mak, teringat masa lalu saya yang sangat manis untuk dikenang. Ayah adalah seorang yang sangat tegas, begitu juga dengan mak. Tapi segarang-garang mereka, saya tahu mereka begitu kerana bersebab.  Hafal quran seawal usia darjah 1. Lepas subuh, tak boleh tidur! Lepas asar tak boleh tidur! Tak boleh tengok TV lebih 1 jam. Satu peristiwa yang saya ingat sampai sekarang, ketika darjah 1 ayah pernah baling remote control TV sebab kami ralit tengok TV sedangkan waktu Zohor telah masuk. Kemudian, ayah tampal kertas depan TV supaya kami tak boleh tengok TV lagi. Dan kemudian TV rosak, bertahun-tahun kami tak menonton TV.

Pernah saya merungut dengan mak. ‘Kenapa kami tak boleh tengok TV tapi mak ayah boleh?’ Budak-budak. Apalah yang kami tahu!  Dan kebetulan, rungutan saya didengari ayah.Ayah kata, ‘Mak ayah tengok TV lepas seharian kerja hanya untuk hilangkan penat. Tu pun sekejap. Kakak abang semua kan belajar lagi. Belajarlah sungguh-sungguh sementara ada peluang’.

Menyekolahkan dan membesarkan kami, mak dan ayahlah orang yang paling banyak berkorban. Kami bukan orang kaya. Dan juga bukanlah orang susah. Alhamdulillah, Allah lapangkan rezeki kami. Ayah kerja teruk. Keluar pagi balik malam. Ayah banyak buat OT. Tak banyak masa ayah bersama kami. Sedih jika mahu diingat-ingat kembali.  

Emak pun begitu. Membanting tulang, membantu ayah mencari rezeki. Bila mak tak ada kat rumah, atas urusan kerja, sunyi rasanya hidup. Pernah untuk tempoh beberapa bulan, mak terpaksa berkursus di kuala lumpur dan hanya pulang rumah ketika cuti sabtu ahad.

Bila masuk Universiti, selalu tak cukup duit sementara MARA belum masuk lagi. Segan nak mengadu pada mak ayah. Dah banyak susahkan mereka. Tapi bila mak dapat tahu, dia terus bank in duit belanja. Setiap hari tanya, ada duit tak. Kalau kami senyap, dia selalu risau kami tak ada duit nak makan :’(.  

Selalu orang cakap, mak boleh jaga 10 orang anak, tapi 10 orang anak belum tentu dapat jaga seorang emak.

Seorang emak akan sanggup buat apa sahaja untuk anak-anaknya.

:’( Rasa nak menangis.

.
Saya selalu berharap agar dapat sentiasa berada di sisi emak dan ayah saya dalam suatu tempoh yang lebih panjang di dunia ini. Tapi saya tahu kasih sayang Allah pada mereka melebihi kasihnya saya pada mereka. Di dunia kita pasti akan terpisah. Tapi dalam diam, saya juga selalu berharap semoga kami akan dipertemukan kembali di tempat yang lebih abadi, di syurga kerana mereka benar-benar hadiah yang paling bermakna yang Allah berikan pada saya.

Ya Allah, kau kasihilah emak dan ayah sebagaimana mereka mengasihi kami ketika kecil, ampunilah dosa mereka. Cintailah mereka sebagaimana mereka mencintai dan menyayangi kami sepenuh hati. Lapangkanlah dan tempatkanlah mereka di syurga.

Selamat hari ibu, mak! 

No comments: