Pages

Wednesday, May 15, 2013

PALESTIN Siri 1 # Nakbah


Bismillah.

Hari ini nakbah Palestin.

KRONOLOGI NAKBAH PALESTIN 1948

Istilah ‘Nakbah’ mungkin adalah satu perkataan yang agak asing bagi sebahagian rakyat Malaysia melainkan buat mereka yang benar-benar prihatin mengenai isu Palestin. Nakbah bermaksud malapetakan atau bencana besar. Nakbah Palestin pula merujuk kepada penubuhan Negara haram Israel yang telah diisytiharkan secara rasminya pada 15 Mei 1948 (sudah 65 tahun).

Peristiwa ini berlaku setelah terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal negara Palestin secara terancang dengan bantuan British dan PBB. Tarikh tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-orang arab dan dunia Islam secara keseluruhannya.

Negara Palestin yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis sejak lebih enam dekat yang lalu.

Inilah Palestin. Tanah yang tidak pernah henti dari titisan darah dan tidak pernah sunyi dari deru semangat juang. Pernah ada yang bertanya, kenapa perlu membuat berbagai program kesedaran mengenai Palestin, mengumpul dana dan sebagainya, sedang banyak lagi rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan.
Kita mambantu Palestin tanpa pernah meminggirkan rakyat Malaysia.

Walaupun pada mata kasar sebagai manusia yang lemah, terlalu banyak perbezaan antara kita dan mereka. Mereka bangsa arab, kita bangsa Melayu. Mereka bertutur dalam bahasa arab, kita pula bercakap menulis dalam bahasa melayu. Mereka makan roti, kita makan nasi lemak.

Banyak perbezaan kan? Tapi ada satu persamaan antara kita dan mereka yang tidak akan dapat dipisahkan walau kita berusaha sekeras mana pun, melainkan jika Allah mengkehendakinya. Iaitu, kita dan mereka telah sama-sama mengikat janji setia di hadapan Allah dengan melafazkan dua kalimah syahadah. Lailahaillallah Muhammada rasulullah.

Inilah persamaan kita. Takkan dapat dipisah dengan jarak yang jauh, walau dicincang, walau dipisahkan dengan pisau yang tajam sekalipun.

Sebagaimana rakyat Malaysia adalah saudara sebangsa dan senegara kita, maka rakyat Palestin adalah saudara SEAQIDAH kita. Dan ketahuilah bahawa, hubungan seaqidah itu mampu melangkaui hubungan darah bila semuanya adalah kerana Allah.

Selama 65 tahun mereka dijajah, tetapi kini mereka tidak lagi sendirian berjuang. Ummat Islam seluruh dunia semakin terbuka mata untuk sedia membantu. Dimulai dengan Turki dan negara yang lainnya, kini Malaysia pula yang menyahut seruan perjuangan. Islam adalah yang tertinggi, tiada yang tinggi selainnya. Pembebesan buat tanah barakah itu adalah satu kepastian. Cuma adakah tangan-tangan dan jiwa tergolong dalam golongan yang membantu kea rah pembebasan bumi Al-Quds itu.

Program Palestin, 2011

Berbanggalah jika kita sudah menjadi salah seorang manusia yang membenarkan hadith Rasul s.a.w; “Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya kepada orang lain,”

Dan alangkah indahnya jika kita termasuk dalam golongan dalam cita-cita Imam Hasan Al-Banna, “Aku mengimpikan pemimpin yang tak tidur lena kerana risaunya memikirkan hal ummah”.

Sebarang bantuan Palestin boleh disalurkan ke :-


Atau melalui SMS (inshaa Allah lebih mudah)

Taip PALESTIN <jarak> 10 (Nilai: RM10/5/3/1)

Contoh: PALESTIN 10dan hantar ke 39111

Dan yang paling penting, doa. Itu adalah bantuan dan hadiah yang sangat bermakna untuk mereka.

Dan terakhirnya, antara buku-buku yang boleh meningkatkan kefahaman berkenaan isu palestin, melahirkan hammasah seterusnya mampu membentuk amal yang istiqamah (inshaa Allah mudah-mudahan):-
      

  •  Palestin dijajah, Dimanakah Solahuddinya (Dr Zain-Aman Palestin)
  •   Yahudi menunggu kehancuran, suatu fakta Alquran (Aman Palestin)
  •  Aku dan Ikhwan Muslimin (Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi-Mutiara Ilmu Selekta Sdn. Bhd)
  •  Palestin Tidak Pernah Gentar (Ustzh Fatimah Syarha)
  •  Syeikh Ahmad Yassin (tak pasti tajuknya sebab belum baca lagi, baru terbit di pasaran)


Buku pemberian dari Dr Z ketika ziarah ke rumah beliau (2009)

Juga boleh lawati laman web berikut :

dan banyak lagi.

Oh ya, barang-barang Aman Palestin juga boleh diberi secara online di Kedai Aman Palestin Berhad

Semoga suatu hari nanti kita akan dapat bersama-sama menjejakkan kaki di bumi palestin dan solat bersama-sama di dalam masjidil Aqsa. Inshaa Allah. Allahu Akbar.

Selangor, Malaysia.

No comments: