Pages

Friday, May 27, 2011

meraih cinta


"Sesiapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah, maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya"

Nikmatnya ! Seandainya setiap saat aku mampu berada dalam dakapan cinta Dia. Namun menghadirkan rasa cinta itu tidak semudah menuturkannya.

Kerana terkadang cinta yang kuberi kepada manusia itu melebihi cinta yang sepatutnya aku dambakan kepada Pemilik Cinta.

Bila cinta yang aku berikan kepada keluarga dan orang yang paling akrab denganku tidak mampu untuk membuatkan aku sanggup mengorbankan mereka demi cinta aku kepada Al-Khaliq

Bila cinta dan kasih aku kepada sahabat yang kononnya didasarkan ukhuwwah fillah tidak mampu menghindarkan aku dari maksiat.


Bila sayang aku akan sepotong dunia tidak mampu untuk membuat aku berkongsi akannya bersama yang lain.

Ah, andaikan saja jika aku bisa seperti Saad bin Abi Waqqas. Mengutamakan Sang Pencipta melebihi keluarga. Perit tapi itulah harga yang perlu dibayar demi meraih redhaNya semata.

Apalah erti cinta dan kasih pada sahabat . Jika umpatan, kata-kata kesat, gosip, dan fitnah masih terus meniti di bibir.

Jika sesaat pertemuan tidak mampu menghadirkan walau sebiji zarah keimanan.

Jika dalam perbualan-perbualan tidak pernah hadir walau sekelumit ayat mengingati Dia.

Masih adakah cinta aku pada Dia bila hatiku masih terpaut akan harta dunia. Bila mana harta yang paling aku sayangi tidak sanggup aku korbankan.

Sungguh berat untuk mengorbankan barang-barang yang paling dicintai. Andai saja aku bisa seperti Saidina Uthman bin Affan. Menggadaikan harta demi ummah dan jalan yang dicintai ini.

"Ya Allah, andai kau hadirkan aku kecintaan pada perkara-perkara yang Kau miliki, maka jadikanlah ia hanya sebagai wasilah (jambatan) untuk aku memiliki cintaMu"

Sungguh, untuk meraih cinta dari Pemberi Cinta itu perlukan mujahadah yang sangat tinggi. Ya Allah, thabatkanlah kami.

Wednesday, May 25, 2011

Mahalnya harga sebuah pengalaman





Sesekali berpeluang untuk berbual dengan sahabat-sahabat lama yang telah terbang jauh keluar dari sempadan tanah air tercinta, membuatkan saya banyak berkongsi pengalaman bersama mereka. Kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan maka banyaklah pengalaman. Jauh di sudut hati saya, pasti pengalaman di negeri orang telah mendewasakan mereka menjadi seorang akhawat yang kental dan serius. Saya di sini, mungkin masih lagi bermain-main.

Walaupun daerah saya sekarang hanya disempadani oleh sebuah negeri, masih ada pengalaman berharga yang perlu saya kutip dan pelajari di sini. Saya tidak pergi jauh. Menimba ilmu di negeri tempat saya membesar dahulu. Namun sejauh mana pun perjalanan kita, ataupun barangkali kolej hanya berada di depan rumah kita, saya tetap yakin ini. Pasti ada pengalaman yang telah kita peroleh. Pasti ada perkara yang telah kita pelajari.Alam IPT berbeza dengan alam sekolah menengah, inilah antara kata-kata yang sering senior saya ingatkan. Begitu juga dengan alam pekerjaan yang jauh lebih mencabar.

Satu tahun saya di sini. Saya cuba belajar untuk menangis, ketawa, tersenyum dan entah apa lagi perasaan  yang ada. Di sekolah dahulu mungkin saya berada di zon yang selesa. Namun di sini, segalanya perlu berdiri di atas kaki sendiri.

Tapi ALHAMDULILLAH…Allah temukan saya dengan sahabat-sahabat yang juga punya satu keinginan yang sama. Matlamat yang sama. أصلح نفسك وادع غيرك. Yang ingin perbaiki diri dan sama-sama mengajak orang lain kepada kebaikan. Sebab di mana pun kita berada kita perlu mencari dokongan dan jangan sekali-kali mengasingkan diri kita dari sahabat-sahabat yang soleh.

Namun ujian kesenangan itu tidak akan selalunya lama.


" لا يكلف الله نفساً إلا وسعها "

 Apakah kamu mengira kamu telah beriman sedangkan kamu tidak diuji. [ 2 : 286 ]




Dalam kita seronok buat amal fardi dan amal dakwah pasti ada mehnah yang melanda. Kadang-kadang semangat kita untuk terus berjuang ni tinggi sangat. HIMMAH ALIYYAH. Kadang-kadang juga semangat yang tinggi tu jatuh sedikit demi sedikit.

Jatuh bilamana kita rasa dah tak ade support kat sekeliling kita.
Jatuh bila banyak mulut mempertikaikan apa yang kita lakukan.

Sememangnya kita juga manusia. Yang namanya manusia itu, tidak akan selalunya berada dalam semangat yang tinggi.

Pernah tak kita rasa kawan rapat kita sendiri pun tak suka kita buat amal dakwah ni. Kita dilabelkan sebagai remaja kolot kalau tak tengok wayang dan tak bergosip dengan lelaki. Atau mungkin pergi ke program-program ilmiah tu satu perkara yang membuang masa. Lebih baik study. Kita kan student. Matlamat utama, belajar dan banggakan mak ayah.

Pernah tak orang pertikaikan penampilan kita? “Kenapa nak pakai labuh-labuh? Tudung nak labuh, t-shirt nak labuh. Kan pakai macam ni pun da tutup aurat even tak labuh sampai lutut pun.Lecehlah” :D

Atau pun yang paling kerap berlaku. Orang surau ni bukannya baik sangat pun. Even tudung labuh alim-alim kucing pun still buat benda tak baik.

Pernah alami situasi-situasi tersebut? Mungkin kadang-kadang kita kuat nak hadapi benda-benda macam ni. Mulut orang, kita tak mampu untuk tutup. Tapi tak mustahil kadang-kadang kita lemah tak berdaya. Mungkin sometimes, kita akan menangis sampai teresak-esak bila dah tak mampu nak adapt lagi dengan situasi-situasi macam ni. Lebih teruk lagi kalau kita sampai rasa nak keluar dari medan perjuangan ni.

Sebenarnya inilah pengalaman. Atau lebih tepat ujian ini sebenarnya guru yang mengajar kita. Mengajar kita bagaimana untuk stabilkan emosi. Macam mana nak jadi kuat. Bagaimana nak muayyashah dengan masyarakat sekeliling kita. Tapi bagi saya, kalaulah kita berpeluang mendapatkan pengalaman-pengalaman macam ni sebenarnya benda first yang kita akan belajar ialah siapa dahulu patut kita luahkan segala perasaan sedih ini. ALLAH atau SAHABAT SEFIKRAH. Tak salah untuk meluahkan pada seorang manusia tetapi jadikanlah Allah dahulu sebagai tempat kita mengadu.

Pengalaman-pengalaman ni mahal harganya. Lagi kita rasa perit, lagi mahal harga sebuah pengalaman tu. Bukan senang nak dapatkan dari tempat lain. Kalau kita sentiasa dikelilingi biah solehah dan kawan-kawan yang semuanya memahami islam secara majoritinya, jadi bila masanya lagi kita nak rasa pengalaman-pengalaman berharga ini bukan? Dan bila masanya lagi kita nak belajar untuk jadi kuat? Dan entah bila pula kita akan belajar menjadikan Allah sebagai sebaik-baik tempat untuk kita serahkan segalanya.

Jadi…kuatlah! Be tough. Belajarlah untuk muayyashah dengan masyarakat sekeliling kita. Dan apa yang paling penting, belajarlah untuk mengenal diri sendiri. Sejauh mana kekuatan dan kelemahan kita. *Akan kuatkah kaki yang melangkah bila disapa duri yang menanti?*

Allah sayangkan kita dan sebab tu Dia beri kita pengalaman berharga ni.
Juga kerana

" ليبلوكم أيكم أحسن عملا "
Untuk menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya. [ 67 : 2 ]

Dan ingatlah, kasih sayang Allah melebihi segala apa yang ada di dalam dunia dan isinya.

Biarpun pahit namun cubalah untuk mempelajari sesuatu dari pengalaman yang kita peroleh. Pengalaman itu, sungguh mahal harganya. Pada masa lain dan di tempat yang lain belum pasti kita boleh mendapatkan pengalaman yang serupa ini. Jadi, hargailah ia.


Tuesday, May 17, 2011

Kerana kita adalah daie.






Alhamdulillah, saya akhirnya kembali di sini.

Trauma rasanya kembali ke dunia penulisan setelah hampir setahun lebih saya berhenti menulis. Tetapi sebenarnya saya tersangat rindu untuk menulis. Jazakillah kepada beberapa orang ukht yang sentiasa push saya untuk kembali berdiri di sini.

Kata orang hendak menulis sebuah buku, perlu mambaca seribu buku. Ya, saya percaya itu. Menjadi penulis yang baik perlukan pembacaan dan pengetahuan yang banyak.

Saya percaya menulis juga merupakan antara wasilah tarbiyyah. Kadang-kadang dengan penulisan kita mampu untuk menyentuh hati-hati pembaca. Percaya atau tidak, itulah hakikatnya.

Hakikatnya, menulis juga memerlukan hubungan yang kuat dengan Allah. Bukan sahaja apabila kita menulis, malah dalam segenap kehidupan kita, kita memerlukan hubungan yang kuat dengan Allah s.w.t. Kenapa saya berkata begitu? Sebab pemilik hati manusia ini ada pemegangnya iaitu Allah s.w.t. Dialah yang berkuasa memegang atau menutup pintu hati manusia. Penulisan yang basah pasti akan berjaya menyentuh hati para pembacanya. Namun semuanya adalah ketentuan Allah. Jika Allah tidak menghendaki, sebagus mana penulisan kita sekalipun kita tidak akan berjaya menyentuh hati-hati mereka. La hawla wala quwwata illa billah.

Buat diri saya dan para penulis sekalian, ayuh kita tingkatkan hubungan kita dengan Allah s.w.t. Bukan hanya kerana kita mahu menyampaikan tulisan kita agar sampai pada hati-hati tersebut , tetapi kerana memang itulah kewajipan yang perlu kita lakukan sebagai hamba kepada Sang Maha Pencipta.

Saya teringat ini…

“Semoga bertambah pendakwah yang menulis, tanpa terikat kepada jurusan dan topik, kerana akhirnya, kita semua adalah DA’I” – Ustaz Hasrizal, http://www.saifulislam.com


Selamat menulis dan membaca :