Pages

Saturday, August 18, 2012

Jika itu, dia tak punya!





Dia seorang manusia. Sama seperti yang lainnya. Bernafas dengan nikmat udara yang diberikan, berjalan dengan nikmat kudrat yang masih kuat.

Dia juga seorang anak, seorang rakan, seorang pelajar, seorang daie.

Dan terpentingnya, dia juga seorang Hamba.

Dia punya nikmat masa 24 jam. Sama seperti orang lain.

Tapi,

Jika orang lain punya masa untuk keluar berjalan-jalan bersama kekasih, dia tidak punya masa itu.

Jika orang lain punya masa menonton wayang, dia tidak punya masa itu.

Jika orang lain punya masa untuk bergaduh dan bermasam muka,dia tidak punya masa itu.

Jika orang lain punya masa untuk mencari kesalahan sahabat yang lain berbanding mengambil ruang bermuhasabah diri, dia tidak punya masa itu.

Jika orang lain punya masa hanya untuk diri sendiri, sungguh dia tidak punya.

Masanya bukan untuk dirinya sendiri, tapi juga sekelilingnya. Untuk ibubapanya, rakan-rakannya, untuk ummahnya, dan terpenting untuk Allah s.w.t.

Masa dia terasa padat tapi berkat.

Masa yang tersisa, semuanya adalah untuk mendamba keredhaan Allah.

Kerana dialah daie sejati.  Daie yang menjadikan amal sebagai bicara dan saksi atas apa yang menjadi prinsip dan perjuangan bukan lidah semata-semata tapi badan bisu tanpa amal! Nauzubillah jika badan yang sudah bisu dari amal itu rancak pula membuat maksiat sedang lidah tidak pernah berhenti berucap.

p/s : selamat beramal di hari terakhir Ramadan.
Semoga kita menjadi hamba yang Rabbani, bukan hamba Ramadan.
Semoga Allah menerima amalan kita.


2 comments:

Anonymous said...

Sedih ramadhan nak berakhir :'( Btw, terima kasih hanisah atas segalanya. Wish u Happy hari raya :)

Sulafah said...

kak ain, jazakillahu kheyr juga atas setiap kebaikan akk:')