Pages

Friday, June 22, 2012

USRAH juga punya RUH : buat jiwa yang lesu.





“Ana malas la nak pergi usrah hari ni?

“Kenapa”

“Sebab usrah sekrang tak macam usrah yang ana selalu pergi dulu. Usrah sekarang rasa macam tak hidup!”

Ini mungkin keluhan mereka yang telah lama berada dalam D&T. Barangkali sudah lima atau enam tahun. Perit jiwa yang mendengar, perit lagi jiwa yang merasa.

“Bestla pengisian tadi. First time pergi usrah. Tak sangka best macam tu”

Tapi lain halnya pula dengan mereka yang baru mahu bermanja-manja dengan usrah, dengan daurah, mabit, program, qiam dan segalanya. Kenapa segalanya terasa amat indah bagi mereka tapi jiwa kita pula yang merasa kosong.

Hingga ada yang membuat tanggapan-tanggapan mudah lagaknya seperti penguji eksperiman di lab.

“Alah, diorang tu sekejap je nak rasa sentap-sentap bagai dengan pengisian. Mungkin sebab diorang baru je lagi nak merasa semua ni. Dah lama diorang ikut usrah tu nanti, mungkin dah tak rasa apa”

Mungkin bukan seorang dua yang berperasaan begini. Merasa usrah, benda yang kita anggap penting dalam tarbiyyah tetapi tidak mampu lagi membasahkan jiwa-jiwa kita yang semakin penat dan lelah selepas bermujahadah.

Zaman dulu-dulu, pergi usrah mesti seronok. Antara benda yang paling kita nantikan. Naqibah kita baru nak start baca ayat al-quran, air mata kita dah melimpah-limpah. Time tu benar-benar terasa sentuhan tarbiyyah.  Sekarang ni, tak tahula nak kata apa! Jangan kata sebaris ayat Al-quran, satu surah yang menjadi pengisian kita hari tu pun belum mampu nak gerakkan jiwa kita yang dah sangat-sangat gersang ni.

Akhirnya terjadilah kes salah menyalahkan walaupun rungutan ini hanya berlegar-legar di dalam hati sanubari sahaja.

“Saya rasa saya dah tak rasa apa-apa dengan usrah ni sebab naqibah saya yang sekarang tak macam naqibah saya yang dulu. Pengisian yang dia bawa langsung tak menarik minat saya,”

“Ahli usrah saya tak best. Saya je yang kelihatan terhegeh-hegeh nak bagi usrah tu hidup tapi diorang macam nak tak nak je,”

“Naqibah saya yang dulu single, so dia ada banyak masa nak update dengan kami. Yang sekarang ni dah kahwin, anak dah lima. Mana ada masa byk dengan kami. Usrah pun sekejap sebab anak-anak kecil ramai kat rumah”

Okay, dah habis lepaskan semua yang dah terpendam di hati?

Jadi sekarang, mari kita koreksi diri kita.

Selama ni kita datang usrah adakah kerana mahukan pengisian supaya dapat tingkatkan diri kita menjadi mutarabbi yang hebat ataupun kita benar-benar mendambakan redha Allah dalam setiap amal perbuatan kita?

Huhu~ nak dua-dua tak boleh ke?

Mungkin nampak sama statement di atas tapi perasan tak, kalau kita rasa diri kita akan meningkat jika jumpa akhawat, dengar kata-kata mereka, baca ayat Al-quran padahal semua itu adalah salah satu wasilah untuk kita mendekatkan diri kita dengan Allah dan bukanlah bererti jumpa akhawat, confirm hati tenang.Hubungan kita dengan Allah, itulah utamanya. 

Jadi, kalau sekarang Tanya pada diri sendiri apakah sebab utama kekuatan untuk terus bergerak? , pasti ada yang akan menjawab

sebab adanya kekuatan dari akhawat” sehingga terlupa menyebut perkara yang paling utama

‘Allahlah sebab utama saya masih berada di sini pada hari ini.’ Yang lain bukan tidak penting, penting juga tapi ia adalah wasilah dan asbab yang digerakkan oleh Allah.

Jika kita ada merasakan usrah semakin menjauh dalam diri kita, bersabarlah dahulu. Jangan cepat melatah bila terasa tiada apa-apa yang berlaku dalam jiwa kita tatkala Al-Quran sudah dibaca,pengisian sudah didengari, akhwat pn dah jumpa.

Iman yang kita harapkan hadir dalam diri kita bukan sekadar seperti bayi kecil yang menanti disuap oleh ibunya. Kalau kita memang jenis tunggu naqibah kita berucap supaya ada rasa basah sikit dekat hati, maka memang kitalah orang yang paling tidak layak merungut sana-sani bila usrah yang dihadiri itu kurang berkesan pada diri.

Iman harus diusahakan. Jagalah hubungan dengan Allah, maka dengan itu Allah akan menjaga kita. Bukan sekadar jasad malah juga ruh. Sebab kadang-kadang ada sahaja orang yang tidak pandai bercakap tapi entah kenapa bicara dia mudah mengesani hati-hati manusia. Saya kira, mungkin kita sendiri dapat menjangkakan jawapannya bukan?

Binalah dahulu rasa cinta. Pada Allah dan kerana Allah. Jika kita mampu menerima keluarga kita kerana cinta biarpun kadang kala ada kelemahan-kelemahan yang wujud, maka usrah juga mampu mencapai tahap itu. Kerana biarpun tanpa ikatan kekeluargaan, tapi ikatan kita yang terbina atas dasar aqidah pastinya mampu membuat hati kita lebih berlapang dada dengan kelemahan-kelemahan yang mungkin wujud di dalam ahli usrah kita, atau mungkin pada diri kita sendiri.

Usrah terbina dengan adanya manusia di dalam bulatan tersebut. Jika kita ikhlas dalam membina sebuah halaqah, maka usrah tersebut akan memberi impak yang besar dengan sendirinya. Jika kita mahu demand yang tinggi-tinggi dalam usrah, jangan terkejut bahawa usrah tersebut juga demand yang tinggi-tinggi juga dalam diri kita. Usrah pun ada ruhnya, bukan sekadar jasad yang dihadirkan.

No comments: