Pages

Tuesday, December 18, 2012

HATI..SIHAT atau SAKIT?





“Kepuasan hati manusia adalah suatu yang sukar dicapai,” ~ Imam Syafie.



Bismillah.


Biasa bila cakap soal hati, mesti berkaitan dengan perempuan. Bila cakap pasal TERASA HATI, selalu juga terkait dengan perempuan. Sebab wanita ni hatinya lembut dan mudah sensitif. Jarang kita dengar ada lelaki yang terasa hati. Jika ada, mungkin saya yang tak peka isu semasa.

Ramai orang kata, semua orang tak sempurna. Tapi bagi saya, semua manusia memang akan berbuat khilaf. Itu pasti. Tiada manusia yang akan lari dari kesilapan. Cuma yang membezakan seorang manusia dari manusia yang lain ialah, sedar akan kesilapan yang dilakukan, belajar dari kesilapan, minta maaf dan bertaubat. Itu satu sifir mudah, tapi nak amalkan tak mudah kan?


Pernah seorang rakan mengadu pada saya, “Saya tak mau rapat dah dengan dia, sebab saya pernah terasa dengan dia,”


Saya senyum pahit.


Lantas saya teringat satu hadis nabi yang kita cintai,



“Orang yang bergaul dengan manusia dan bersabar dengan kerenah manusia, itu lebih baik berbanding dengan orang yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak bersabar dengan kerenah mereka,”



Sahabat yang saya cintai,


Memang tak mudah menjaga hati semua orang. Dan orang lain pun tak mudah menjaga hati kita. Sedangkan bersama akhawat juga, ada perkara yang kita tak sependapat tapi kita masih mampu berlapang dada inikan pula bila bersama mereka yang belum lagi diberi kesempatan untuk memahami tarbiyyah. Kalau ikut terasa hati, kita tidak akan peroleh apa-apa melainkan sakit hati yang berpanjangan. Jalan terbaik adalah sabar, redha dan lapang dada.


Saya tahu tidak mudah. Tetapi itu yang cuba saya lakukan semenjak saya melangkah keluar dari sekolah. Kerana cabaran sahabat-sahabat di alam universiti ini lebih dahsyat dan hebat berbanding alam persekolahan.


Nasihat ini pastinya adalah untuk diri saya terutamanya, sebelum saya sampaikan pada orang lain. Saya tidak mampu berkata lebih tentang tips-tips untuk menghadapi orang yang selalu buat kita terasa hati. Kerana perkara ini hanya akan mampu dihadapi jika kita berjiwa besar. Yang mampu bersabar, redha dan juga lapang dada. Bagaimana mahu berjiwa besar dan mendapatkan sifat-sifat ini? Satu sahaja rahsianya. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan manusia.


Yang paling penting, jangan kita jadi seperti keanak-anakan, merajuk, tak nak kawan dah, atau tak mahu rapat dah. Maaf saya katakan, ini adalah sifat orang manja. Kalau nak buat benda-benda ni 10 tahun yang lepas, ya saya percaya. Tetapi sekarang kita ini telah dewasa. Belajarlah untuk lebih berlapang dada, maka jiwa kita mampu untuk terbang tinggi. Banyak lagi hal-hal yang lebih besar yang harus kita fikirkan berbanding hal seremah soal perasaan apatah lagi jika ia berkait dengan diri sendiri.


Kerja kita terlalu banyak, tetapi masa kita sedikit. Jadi, adakah kita masih punya masa dan ruang untuk hal-hal yang remeh?


Last but not least,

seperti yang saya katakan di awal td. hati seorang perempuan ni lembut dan mempunyai sensitiviti yang tinggi. Jadi, kenapa perlu nak salurkan rasa terasa tu pd perkara-perkara kecil. Kenapa tak guna sensitiviti kita yang begitu TINGGI itu terhadap isu-isu palestin, syria, isu hedonisme, liberisme  atau pasal syiah. 

jadi jika kita belum terkehadapan dalam isu-isu ni, use your sensitivity (very high sensitivity) to know more about these issues. Beli buku, baca surat khabar, atau cari sumber-sumber yang lain. :) Moga kita lebih cakna hal ummah.

Salam perjuangan,

Selangor.


Sunday, October 21, 2012

ISLAM vs JAHILIYYAH




Alhamdulillah, pagi ini tatkala saya tersedar demam saya telah pun kebah sedikit. Hari ini sepatutnya saya ke UPM Serdang bersama beberapa sahabiah yang lain untuk mengikuti konvensyen yang diadakan di sana. Namun, mungkin Allah telah merancanakan yang lebih baik. Semoga Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Semoga masa yang sepatutnya saya di Serdang pada hari ini, dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam perkara lain.

Saat ini, saya gembira. Kerana kemasukan ke kampus Universiti pada semester ini saya lihat begitu ramai yang bertudung labuh. Alhamdulillah. Ramai yang berniqab. Alhamdulillah. Walaupun saya sendiri tidak. Tapi, tentu saja saya sangat gembira dengan situasi ini.

Tetapi selain ini, ada satu perkara yang perlu sangat-sangat kita perhatikan.

Tentu sahaja, ini adalah peringatan untuk diri saya sendiri, sebelum orang lain J

Pernah saya menyatakan kesenangan hati saya pada seorang sahabiah.

“Sem ni dah ramai ye yang pakai tudung labuh,”

“Alhamdulillah, baguslah. Tapi yang pakai tu .. erm, diorang tu pelik siketla,”

“Haa, kenapa?”

“Bercouple,”

Saya yakin, kita semua dalam fasa membentuk diri kita untuk menjadi individu muslim yang sejati. Yang takut 
pada Tuhan yang menciptakan, cinta pada Rasul, dan taat pada ibubapa.

Tetapi suatu perkara yang perlu kita sedari,

menjadi individu yang sejati bukan hanya sekadar dengan bertudung labuh. Atau lengkapnya agama kita tidak terhenti apabila kita telah memakai tudung labuh.

Islamnya kita dengan ertikata yang sebenar, apabila kita telah benar-benar hanya memilih Islam sebagai jalan hidup dan meninggalkan selainnya. Jika hari ini kita lukis dua bulatan, satunya Islam yang kita lakukan sepanjang hari, dan satunya lagi jahiliyyah, agak-agaknya amal manakah yang paling banyak?

Islam atau jahiliyyah?

Amal islami apa yang telah kita lakukan hari ini?

Atau adakah agenda jahiliyyah telah memenuhi kehidupan pada hari ini?

Kadang-kadang kita lupa pada sekecil-kecil perkara menunaikan solat itu juga adalah Islam. Lantaran itu, ada yang sanggup menonton drama atau gameshow sehingga jam 6.45 petang baru bergerak untuk solat asar sedangkan maghrib sudah bakal menanti pada angka 7. Belum lagi waktu maghrib yang lebih pendek.

Kita sibuk ke usrah, ke berbagai program tarbiyyah, kita membina diri kita dan orang lain, ada yang menjadi Naqib dan Murabbi, tetapi kita tidak merasa iman yang bercambah dalam diri kita dan merasa bermalasan dalam beramal. Kerana apa?

Kita membina dengan program tarbiyyah yang kita sertai dan sekelip mata kita merobohkan dengan jahiliyyah kita lakukan. Jahiliyyah yang dilakukan oleh anggota badan kita sendiri.

Sangat menghairankan apabila kita sanggup ke program tarbiyyah sedari lepas maghrib sehingga tengah malam. Namun pulang ke bilik, kita lebih sanggup merehatkan jasad dengan membuka laptop berbanding terus mengerjakan isya’ terlebih dahulu.

Itu belum lagi yang kita fikir sekecil-kecil perkara membaca novel (baca : novel cinta) etc. , tonton drama cinta & lagho, dengar lagu-lahu lagho hingga merasa sebati dalam diri. Akhirnya diri daie ini hanyut dalam khayalan yang entah ke mana.

Itu baru sahaja jahiliyyah yang kita anggap kecil, bagaimana pula jahiliyyah yang lebih besar. Saya tidak pasti apakah betul term yang saya gunakan ini. Namun bagaimana pula yang bercouple, apatah lagi bila mempunyai adik-adik mutarabbi.

Ikh/Akhawati,
Apakah kita mampu untuk mengajak orang lain pada kebaikan, mengeluarkan mereka dari gelapnya jahiliyyah, tetapi hati kita turut berada dalam kondisi yang sama, jauhnya hati kita dengan Allah. Mampukah kita??

Adakah adil bagi seorang daie, mengatakan dirinya adalah daie tetapi amal Islami dan Jahiliyyah pada dirinya sama sahaja. Tiada beza. Dialah juara dalam amal islami, tetapi dia juga bijak dalam meng’agendakan amal jahiliyyah.

Ya, saya tahu dan pasti. Bukan mudah untuk berubah dalam sekelip mata. Bukan mudah untuk mengeluarkan semua karat-karat jahiliyyah yang berada di hati ini. Bukan mudah untuk untuk membuang semuanya. Kalau ade button ‘DELETE’ seperti di laptop, pasti seronok! Tapi hakikatnya tidak begitu. Kerana hidup ini adalah satu ujian. Kerana Allah mahu melihat siapakah di antara hambaNya yang paling bertaqwa.

Berubahlah sedikit demi sedikit. Buanglah satu demi satu jahiliyyah. Sekurang-kurangnya kita dapat melihat berkurangnya jahiliyyah dalam diri ini. Bukan untuk orang lain melihat-lihat kita sudah berubah, cukup kita dan Allah sahaja.

Saya tahu, mungkin ramai yang akan berkata, tudung labuh tak semstinya baik seratus peratus. Tudung labuh tak semestinya tak semestinya tak punya dosa. Benar, tudung labuh tidak menjamin syurga. Pasti, yang bertudung labuh ini adalah insan-insan terpilih yang Allah beri kesedaran ini sedang ramai lagi yang berpakaian bukan-bukan di luar sana. Namun, tiada ruginya jika kita turut improve diri kita dari sudut yang lain. Malah rugi rasanya jika terus hanyut dalam gelapnya jahiliyyah. Tak terasa kosongkah diri kita ini?

Sanggupkah kita terus menerus tenggelam dengan pahitnya jahiliyyah tanpa usaha untuk berenang ke dasar hidayah. Adakah kita selamanya sanggup begini? Hanya bertambah baik dari segi pakaian namun iman dan amal kita makin merosot?

Gusarlah untuk terus berada dalam jahiliyyah tanpa bantuan hidayah sepertimana gusarnya kita berada dalam gelap dan pekatnya malam tanpa sebarang bantuan cahaya.

Saya sendiri masih belajar untuk membaiki dan meningkatkan diri.  Dan tulisan ini pastilah peringatan untuk diri saya terutamanya sebelum orang lain.

Akhawati,

Sama-sama kita muhasabah dan renungkan Surah Al-Baqarah, ayat 208.

Islam nafsa’ wad’u ghairak.

Tegakkanlah Islam dari dalam dirimu, maka akan tertegaklah Islam di sekelilingmu.

Jom,

Sayonara Jahiliyyah,
Bye-bye jahiliyyah
Maassalamah Jahiliyyah

Biar bagaimanapun sebutannya, katakanlah SELAMAT TINGGAL pada JAHILIYYAH. Semoga tidak berjumpa lagi.


Dunia itu sentiasa ditaburi dengan keseronokan dan kemanisan hingga kita sayang untuk meninggalkannya sedang jalan ke syurga itu tidak pula ditaburi dengan kelopak bunga yang mengasyikkan. Jalannya penuh duri. Bila berduri, pasti sakitnya turut dirasai. Itulah jalan menuju Ilahi. Kesakitan di sepanjang perjalanan, namun manisnya pasti ketemu pada akhirnya. :)

Salam mujahadah.

Ahad/11.10 am
Melaka, Malaysia.

Sunday, September 30, 2012

(20:25)




“Dia (Musa) berkata, “Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku. Agar mereka mengerti perkataanku.Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku. Iaitu (Harun) saudaraku. Teguhkanlah aku dengan adanya dia. Dan jadikanlah dia teman dalam urusanku. Agar kami banyak bertasbih kepada-Mu dan banyak mengingati-Mu”

(Surah Taha : 25-34)


Sunnah berjuang,

Antara dua jadi pilihan

DUNIA YANG FANA ATAU SYURGA.


Ya Allah,

Kuatkanlah dan tabahkanlah hati.

Thabatkanlah kami


Ukhtukunna,
HM
30/9/2012, 1.18a.m
Melaka