Pages

Thursday, May 10, 2012

Berhenti merungut dan bekerjalah!





Alhamdulillah, dua paper telah berlalu. Usaha. Doa. Tawakkal. Natijahnya biar Dia yang menentukan.

Minggu peperiksaan ini, saya sering terdengar beberapa keluhan. Entah kerana kecewa, sedih atau putus asa. Kebanyakkan rungutannya berkisah tentang keputusan peperiksaan adalah tidak setimpal dengan usaha yang dilakukan. Tak kurang pula yang merasakan usaha dan belajar itu sendiri itu adalah suatu perkara yang sia-sia. Mana taknya, langsung tak membuahkan hasil.

Beristighfarlah.

Andai bisikan-bisikan itu datang, beristighfarlah. Kita belajar bukan kerana mahu lulus peperiksaan semata, tapi kerana kita mahu TAHU. Bagaimana untuk menjadi seorang jurutera, jika setiap kali peperiksaan kerjanya MENIRU. Mungkin kerana itulah, kurang berkatnya apabila setiap kali mahu menghadapi peperiksaan FINAL. Belajar tak faham-faham.

Belajar itu terasa berat atau hidup ini sebenarnya susah?

Adat hidup, pasti ada susah senangnya. Pasti ada turun naiknya, pasang surutnya. Tipulah kalau cakap dalam sesuatu subjek yang kita ambil itu senang-senang belaka atau semuanya susah.

“Untungla jadi budak genius, tak payah belajar”

Mana tahu dia tak belajar. Dia belajar tapi kita sahaja yang tak nampak.

Belum ada lagi saya lihat best student yang duduk goyang kaki, esok dapat result yang gempak. Setiap orang belajar dengan cara yang berbeza-beza. Maka kenalilah potensi kita di mana.

Jika student genius ambil masa dua jam untuk study, maka kita perlukan masa lima jam, maka ikutlah keperluan kita. Lama-lama pasti masa belajar itu dapat seiring dengan mereka.

Mari jadi hamba yang bersyukur.

Selalu juga saya terbaca rungutan-rungutan kesedihan dan kekecewaan di dinding facebook dan skype. Mungkin tidak salah untuk kita meluahkan kesedihan sekali sekala, dengan harapan ada yang membacanya akan memberikan kata semangat dan mendoakan. Tapi usahlah terlalu kerap hingga hampir setiap hari menitipkan perkara yang sama. Terlihat seperti orang yang terlalu mudah berputus asa.

Pernah juga saya ditanya oleh adik-adik. Orang berdakwah ini memang suka putus asa ke. Suka bersedih dan jatuh. Bila ditanya kenapa dia berkata begitu, katanya tengok sahajalah facebook.

Bagi saya perkara ini terlalu subjektif. Cuma bagi pandangan peribadi saya begitulah. Boleh sahaja mahu menulis sedikit catatan hati tapi usahlah terlalu kerap. Umpama diari sahaja dilihatnya. Facebook bukan tempat utama untuk meluah perasaan. Skype juga bukan medan utama untuk melepaskan bebanan-bebanan di hati.Kalau lapar carilah makanan di cafe. Kalau nak tidur carilah bantal. Kalau sedang kesedihan, carilah Al-Quran. Tidak perlu hourly report di facebook.

Kejayaan itu tidak akan datang bergolek. Setiap perkara perlu untuk diusahakan. Hatta seringan-seringan perkara, untuk makan atau tidur sekali pun! Bila di sekolah asrama, banyak peraturannya. Bila ke university, banyak benar assignmentnya. Bila bekerja, penatnya pula tak terkira. Semua ini tidak akan berkesudahan, sehinggalah kita berhenti merungut dan menjadi hamba yang bersyukur.


Berhenti merungut dan bekerjalah. Usah membuang masa meratapi waktu yang telah berlalu. Gunakan waktu yang masih bersisa untuk berusaha. InsyaAllah jika redha itu di hati, pasti Dia mudahkan segalanya.

Salam imtihan. Semoga berjaya di dalam apa jua bentuk peperiksaan, sama ada di dunia dan akhirat :’)




1 comment:

aKal said...

inspiring post utk orang cairo.. jazakillah! :)