“Kepuasan hati manusia adalah suatu yang sukar
dicapai,” ~ Imam Syafie.
Bismillah.
Biasa bila cakap soal hati, mesti berkaitan dengan
perempuan. Bila cakap pasal TERASA HATI, selalu juga terkait dengan perempuan.
Sebab wanita ni hatinya lembut dan mudah sensitif. Jarang kita dengar ada
lelaki yang terasa hati. Jika ada, mungkin saya yang tak peka isu semasa.
Ramai orang kata, semua orang tak sempurna. Tapi bagi saya, semua manusia memang akan berbuat khilaf. Itu pasti. Tiada manusia yang akan lari dari kesilapan. Cuma yang membezakan seorang manusia dari manusia yang lain ialah, sedar akan kesilapan yang dilakukan, belajar dari kesilapan, minta maaf dan bertaubat. Itu satu sifir mudah, tapi nak amalkan tak mudah kan?
Pernah seorang rakan mengadu pada saya, “Saya tak mau
rapat dah dengan dia, sebab saya pernah terasa dengan dia,”
Saya senyum pahit.
Lantas saya teringat satu hadis nabi yang kita cintai,
“Orang yang bergaul dengan manusia dan bersabar dengan
kerenah manusia, itu lebih baik berbanding dengan orang yang tidak bergaul
dengan manusia dan tidak bersabar dengan kerenah mereka,”
Sahabat yang saya cintai,
Memang tak mudah menjaga hati semua orang. Dan orang
lain pun tak mudah menjaga hati kita. Sedangkan bersama akhawat juga, ada
perkara yang kita tak sependapat tapi kita masih mampu berlapang dada inikan pula bila bersama mereka yang belum
lagi diberi kesempatan untuk memahami tarbiyyah. Kalau ikut terasa hati, kita
tidak akan peroleh apa-apa melainkan sakit hati yang berpanjangan. Jalan
terbaik adalah sabar, redha dan lapang dada.
Saya tahu tidak mudah. Tetapi itu yang cuba saya
lakukan semenjak saya melangkah keluar dari sekolah. Kerana cabaran
sahabat-sahabat di alam universiti ini lebih dahsyat dan hebat berbanding alam
persekolahan.
Nasihat ini pastinya adalah untuk diri saya
terutamanya, sebelum saya sampaikan pada orang lain. Saya tidak mampu berkata
lebih tentang tips-tips untuk menghadapi orang yang selalu buat kita terasa
hati. Kerana perkara ini hanya akan mampu dihadapi jika kita berjiwa besar.
Yang mampu bersabar, redha dan juga lapang dada. Bagaimana mahu berjiwa besar
dan mendapatkan sifat-sifat ini? Satu sahaja rahsianya. Jaga hubungan dengan
Allah. Jaga hubungan dengan manusia.
Yang paling penting, jangan kita jadi seperti
keanak-anakan, merajuk, tak nak kawan dah, atau tak mahu rapat dah. Maaf saya
katakan, ini adalah sifat orang manja. Kalau nak buat benda-benda ni 10 tahun
yang lepas, ya saya percaya. Tetapi sekarang kita ini telah dewasa. Belajarlah
untuk lebih berlapang dada, maka jiwa kita mampu untuk terbang tinggi. Banyak
lagi hal-hal yang lebih besar yang harus kita fikirkan berbanding hal seremah
soal perasaan apatah lagi jika ia berkait dengan diri sendiri.
Kerja kita terlalu banyak, tetapi masa kita sedikit.
Jadi, adakah kita masih punya masa dan ruang untuk hal-hal yang remeh?
Last but not least,
seperti yang saya katakan di awal td. hati seorang perempuan ni lembut dan mempunyai sensitiviti yang tinggi. Jadi, kenapa perlu nak salurkan rasa terasa tu pd perkara-perkara kecil. Kenapa tak guna sensitiviti kita yang begitu TINGGI itu terhadap isu-isu palestin, syria, isu hedonisme, liberisme atau pasal syiah.
jadi jika kita belum terkehadapan dalam isu-isu ni, use your sensitivity (very high sensitivity) to know more about these issues. Beli buku, baca surat khabar, atau cari sumber-sumber yang lain. :) Moga kita lebih cakna hal ummah.
Salam perjuangan,
Selangor.
No comments:
Post a Comment