Alhamdulillah, pagi ini tatkala saya tersedar demam saya telah pun kebah sedikit. Hari ini sepatutnya saya ke UPM
Serdang bersama beberapa sahabiah yang lain untuk mengikuti konvensyen yang diadakan di sana. Namun, mungkin Allah telah
merancanakan yang lebih baik. Semoga Allah gantikan dengan sesuatu
yang lebih baik. Semoga masa yang sepatutnya saya di Serdang pada hari ini,
dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam perkara lain.
Saat ini, saya gembira. Kerana
kemasukan ke kampus Universiti pada semester ini saya lihat begitu ramai
yang bertudung labuh. Alhamdulillah. Ramai yang berniqab. Alhamdulillah.
Walaupun saya sendiri tidak. Tapi, tentu saja saya sangat gembira dengan
situasi ini.
Tetapi selain ini, ada satu perkara yang
perlu sangat-sangat kita perhatikan.
Tentu sahaja, ini adalah peringatan untuk
diri saya sendiri, sebelum orang lain J
Pernah saya menyatakan kesenangan hati saya
pada seorang sahabiah.
“Sem ni dah ramai ye yang pakai tudung
labuh,”
“Alhamdulillah, baguslah. Tapi yang pakai
tu .. erm, diorang tu pelik siketla,”
“Haa, kenapa?”
“Bercouple,”
Saya yakin, kita semua dalam fasa membentuk
diri kita untuk menjadi individu muslim yang sejati. Yang takut
pada Tuhan yang
menciptakan, cinta pada Rasul, dan taat pada ibubapa.
Tetapi suatu perkara yang perlu kita
sedari,
menjadi individu yang sejati bukan hanya
sekadar dengan bertudung labuh. Atau lengkapnya agama kita tidak terhenti
apabila kita telah memakai tudung labuh.
Islamnya kita dengan ertikata yang sebenar,
apabila kita telah benar-benar hanya memilih Islam sebagai jalan hidup dan
meninggalkan selainnya. Jika hari ini kita lukis dua bulatan, satunya Islam
yang kita lakukan sepanjang hari, dan satunya lagi jahiliyyah, agak-agaknya
amal manakah yang paling banyak?
Islam atau jahiliyyah?
Amal islami apa yang telah kita lakukan
hari ini?
Atau adakah agenda jahiliyyah telah memenuhi
kehidupan pada hari ini?
Kadang-kadang kita lupa pada sekecil-kecil
perkara menunaikan solat itu juga adalah Islam. Lantaran itu, ada yang sanggup menonton
drama atau gameshow sehingga jam 6.45 petang baru bergerak untuk solat asar
sedangkan maghrib sudah bakal menanti pada angka 7. Belum lagi waktu maghrib
yang lebih pendek.
Kita sibuk ke usrah, ke berbagai program
tarbiyyah, kita membina diri kita dan orang lain, ada yang menjadi Naqib dan
Murabbi, tetapi kita tidak merasa iman yang bercambah dalam diri kita dan
merasa bermalasan dalam beramal. Kerana apa?
Kita membina dengan program tarbiyyah yang
kita sertai dan sekelip mata kita merobohkan dengan jahiliyyah kita lakukan.
Jahiliyyah yang dilakukan oleh anggota badan kita sendiri.
Sangat menghairankan apabila kita sanggup
ke program tarbiyyah sedari lepas maghrib sehingga tengah malam. Namun pulang
ke bilik, kita lebih sanggup merehatkan jasad dengan membuka laptop berbanding
terus mengerjakan isya’ terlebih dahulu.
Itu belum lagi yang kita fikir sekecil-kecil perkara membaca novel (baca : novel cinta) etc. , tonton drama cinta & lagho, dengar lagu-lahu lagho hingga merasa sebati dalam diri. Akhirnya diri daie ini hanyut dalam khayalan yang entah ke mana.
Itu baru sahaja jahiliyyah yang kita anggap kecil, bagaimana
pula jahiliyyah yang lebih besar. Saya tidak pasti apakah betul term yang saya
gunakan ini. Namun bagaimana pula yang bercouple, apatah lagi bila mempunyai
adik-adik mutarabbi.
Ikh/Akhawati,
Apakah kita mampu untuk mengajak orang lain
pada kebaikan, mengeluarkan mereka dari gelapnya jahiliyyah, tetapi hati kita
turut berada dalam kondisi yang sama, jauhnya hati kita dengan Allah. Mampukah
kita??
Adakah adil bagi seorang daie, mengatakan
dirinya adalah daie tetapi amal Islami dan Jahiliyyah pada dirinya sama sahaja.
Tiada beza. Dialah juara dalam amal islami, tetapi dia juga bijak dalam meng’agendakan
amal jahiliyyah.
Ya, saya tahu dan pasti. Bukan mudah untuk
berubah dalam sekelip mata. Bukan mudah untuk mengeluarkan semua karat-karat
jahiliyyah yang berada di hati ini. Bukan mudah untuk untuk membuang semuanya.
Kalau ade button ‘DELETE’ seperti di laptop, pasti seronok! Tapi hakikatnya
tidak begitu. Kerana hidup ini adalah satu ujian. Kerana Allah mahu melihat
siapakah di antara hambaNya yang paling bertaqwa.
Berubahlah sedikit demi sedikit. Buanglah
satu demi satu jahiliyyah. Sekurang-kurangnya kita dapat melihat berkurangnya
jahiliyyah dalam diri ini. Bukan untuk orang lain melihat-lihat kita sudah
berubah, cukup kita dan Allah sahaja.
Saya tahu, mungkin ramai yang akan berkata,
tudung labuh tak semstinya baik seratus peratus. Tudung labuh tak semestinya
tak semestinya tak punya dosa. Benar, tudung labuh tidak menjamin syurga. Pasti, yang bertudung labuh ini adalah insan-insan terpilih yang Allah beri kesedaran ini sedang ramai lagi yang berpakaian bukan-bukan di luar sana.
Namun, tiada ruginya jika kita turut improve diri kita dari sudut yang lain.
Malah rugi rasanya jika terus hanyut dalam gelapnya jahiliyyah. Tak terasa
kosongkah diri kita ini?
Sanggupkah kita terus menerus tenggelam
dengan pahitnya jahiliyyah tanpa usaha untuk berenang ke dasar hidayah. Adakah
kita selamanya sanggup begini? Hanya bertambah baik dari segi pakaian namun
iman dan amal kita makin merosot?
Gusarlah untuk terus berada dalam jahiliyyah tanpa bantuan hidayah sepertimana gusarnya kita berada dalam gelap dan pekatnya malam tanpa sebarang bantuan cahaya.
Saya sendiri masih belajar untuk membaiki
dan meningkatkan diri. Dan tulisan ini
pastilah peringatan untuk diri saya terutamanya sebelum orang lain.
Akhawati,
Sama-sama kita muhasabah dan renungkan
Surah Al-Baqarah, ayat 208.
Islam nafsa’ wad’u ghairak.
Tegakkanlah Islam dari dalam dirimu, maka
akan tertegaklah Islam di sekelilingmu.
Jom,
Sayonara Jahiliyyah,
Bye-bye jahiliyyah
Maassalamah Jahiliyyah
Biar bagaimanapun sebutannya, katakanlah SELAMAT TINGGAL pada JAHILIYYAH. Semoga tidak berjumpa lagi.
Dunia itu sentiasa ditaburi dengan keseronokan dan kemanisan hingga kita sayang untuk meninggalkannya sedang jalan ke syurga itu tidak pula ditaburi dengan kelopak bunga yang mengasyikkan. Jalannya penuh duri. Bila berduri, pasti sakitnya turut dirasai. Itulah jalan menuju Ilahi. Kesakitan di sepanjang perjalanan, namun manisnya pasti ketemu pada akhirnya. :)
Salam mujahadah.
Ahad/11.10 am
Melaka, Malaysia.
No comments:
Post a Comment