“Ana malas
la nak pergi usrah hari ni?
“Kenapa”
“Sebab
usrah sekrang tak macam usrah yang ana selalu pergi dulu. Usrah sekarang rasa macam tak hidup!”
Ini mungkin
keluhan mereka yang telah lama berada dalam D&T. Barangkali sudah lima atau
enam tahun. Perit jiwa yang mendengar, perit lagi jiwa yang merasa.
“Bestla
pengisian tadi. First time pergi usrah. Tak sangka best macam tu”
Tapi lain
halnya pula dengan mereka yang baru mahu bermanja-manja dengan usrah, dengan
daurah, mabit, program, qiam dan segalanya. Kenapa segalanya terasa amat indah
bagi mereka tapi jiwa kita pula yang merasa kosong.
Hingga ada
yang membuat tanggapan-tanggapan mudah lagaknya seperti penguji eksperiman di
lab.
“Alah,
diorang tu sekejap je nak rasa sentap-sentap bagai dengan pengisian. Mungkin
sebab diorang baru je lagi nak merasa semua ni. Dah lama diorang ikut usrah tu
nanti, mungkin dah tak rasa apa”
Mungkin
bukan seorang dua yang berperasaan begini. Merasa usrah, benda yang kita anggap
penting dalam tarbiyyah tetapi tidak mampu lagi membasahkan jiwa-jiwa kita yang
semakin penat dan lelah selepas bermujahadah.
Zaman
dulu-dulu, pergi usrah mesti seronok. Antara benda yang paling kita nantikan.
Naqibah kita baru nak start baca ayat al-quran, air mata kita dah
melimpah-limpah. Time tu benar-benar terasa sentuhan tarbiyyah. Sekarang ni, tak tahula nak kata apa! Jangan
kata sebaris ayat Al-quran, satu surah yang menjadi pengisian kita hari tu pun
belum mampu nak gerakkan jiwa kita yang dah sangat-sangat gersang ni.
Akhirnya
terjadilah kes salah menyalahkan walaupun rungutan ini hanya berlegar-legar di
dalam hati sanubari sahaja.
“Saya rasa
saya dah tak rasa apa-apa dengan usrah ni sebab naqibah saya yang sekarang tak
macam naqibah saya yang dulu. Pengisian yang dia bawa langsung tak menarik minat
saya,”
“Ahli usrah
saya tak best. Saya je yang kelihatan terhegeh-hegeh nak bagi usrah tu hidup
tapi diorang macam nak tak nak je,”
“Naqibah
saya yang dulu single, so dia ada banyak masa nak update dengan kami. Yang
sekarang ni dah kahwin, anak dah lima. Mana ada masa byk dengan kami. Usrah pun
sekejap sebab anak-anak kecil ramai kat rumah”
Okay, dah
habis lepaskan semua yang dah terpendam di hati?
Jadi
sekarang, mari kita koreksi diri kita.
Selama ni
kita datang usrah adakah kerana mahukan pengisian supaya dapat tingkatkan diri
kita menjadi mutarabbi yang hebat ataupun kita benar-benar mendambakan redha
Allah dalam setiap amal perbuatan kita?
Huhu~ nak
dua-dua tak boleh ke?
Mungkin
nampak sama statement di atas tapi perasan tak, kalau kita rasa diri kita akan
meningkat jika jumpa akhawat, dengar kata-kata mereka, baca ayat Al-quran
padahal semua itu adalah salah satu wasilah untuk kita mendekatkan diri kita
dengan Allah dan bukanlah bererti jumpa akhawat, confirm hati tenang.Hubungan
kita dengan Allah, itulah utamanya.
Jadi, kalau sekarang Tanya pada diri
sendiri apakah sebab utama kekuatan untuk terus bergerak? , pasti ada yang akan
menjawab
“sebab
adanya kekuatan dari akhawat” sehingga terlupa menyebut perkara yang paling
utama
‘Allahlah
sebab utama saya masih berada di sini pada hari ini.’ Yang lain bukan tidak
penting, penting juga tapi ia adalah wasilah dan asbab yang digerakkan oleh
Allah.
Jika kita
ada merasakan usrah semakin menjauh dalam diri kita, bersabarlah dahulu. Jangan
cepat melatah bila terasa tiada apa-apa yang berlaku dalam jiwa kita tatkala
Al-Quran sudah dibaca,pengisian sudah didengari, akhwat pn dah jumpa.
Iman yang
kita harapkan hadir dalam diri kita bukan sekadar seperti bayi kecil yang
menanti disuap oleh ibunya. Kalau kita memang jenis tunggu naqibah kita berucap
supaya ada rasa basah sikit dekat hati, maka memang kitalah orang yang paling
tidak layak merungut sana-sani bila usrah yang dihadiri itu kurang berkesan
pada diri.
Iman harus
diusahakan. Jagalah hubungan dengan Allah, maka dengan itu Allah akan menjaga
kita. Bukan sekadar jasad malah juga ruh. Sebab kadang-kadang ada sahaja orang yang
tidak pandai bercakap tapi entah kenapa bicara dia mudah mengesani hati-hati
manusia. Saya kira, mungkin kita sendiri dapat menjangkakan jawapannya bukan?
Binalah
dahulu rasa cinta. Pada Allah dan kerana Allah. Jika kita mampu menerima
keluarga kita kerana cinta biarpun kadang kala ada kelemahan-kelemahan yang
wujud, maka usrah juga mampu mencapai tahap itu. Kerana biarpun tanpa ikatan
kekeluargaan, tapi ikatan kita yang terbina atas dasar aqidah pastinya mampu
membuat hati kita lebih berlapang dada dengan kelemahan-kelemahan yang mungkin
wujud di dalam ahli usrah kita, atau mungkin pada diri kita sendiri.
Usrah
terbina dengan adanya manusia di dalam bulatan tersebut. Jika kita ikhlas dalam
membina sebuah halaqah, maka usrah tersebut akan memberi impak yang besar
dengan sendirinya. Jika kita mahu demand yang tinggi-tinggi dalam usrah, jangan
terkejut bahawa usrah tersebut juga demand yang tinggi-tinggi juga dalam diri
kita. Usrah pun ada ruhnya, bukan sekadar jasad yang dihadirkan.
No comments:
Post a Comment