Alhamdulillah, dua
paper telah berlalu. Usaha. Doa. Tawakkal. Natijahnya biar
Dia yang menentukan.
Minggu peperiksaan ini,
saya sering terdengar beberapa keluhan. Entah kerana kecewa, sedih atau putus
asa. Kebanyakkan rungutannya berkisah tentang keputusan peperiksaan adalah
tidak setimpal dengan usaha yang dilakukan. Tak kurang pula yang merasakan
usaha dan belajar itu sendiri itu adalah suatu perkara yang sia-sia. Mana
taknya, langsung tak membuahkan hasil.
Beristighfarlah.
Andai bisikan-bisikan
itu datang, beristighfarlah. Kita belajar bukan kerana mahu lulus peperiksaan
semata, tapi kerana kita mahu TAHU. Bagaimana untuk menjadi seorang jurutera,
jika setiap kali peperiksaan kerjanya MENIRU. Mungkin kerana itulah, kurang berkatnya
apabila setiap kali mahu menghadapi peperiksaan FINAL. Belajar tak faham-faham.
Belajar
itu terasa berat atau hidup ini sebenarnya susah?
Adat hidup, pasti ada
susah senangnya. Pasti ada turun naiknya, pasang surutnya. Tipulah kalau cakap
dalam sesuatu subjek yang kita ambil itu senang-senang belaka atau semuanya
susah.
“Untungla jadi budak
genius, tak payah belajar”
Mana tahu dia tak
belajar. Dia belajar tapi kita sahaja yang tak nampak.
Belum ada lagi saya
lihat best student yang duduk goyang kaki, esok dapat result yang gempak.
Setiap orang belajar dengan cara yang berbeza-beza. Maka kenalilah potensi kita
di mana.
Jika student genius
ambil masa dua jam untuk study, maka kita perlukan masa lima jam, maka ikutlah
keperluan kita. Lama-lama pasti masa belajar itu dapat seiring dengan mereka.
Mari jadi hamba yang bersyukur.
Selalu juga saya
terbaca rungutan-rungutan kesedihan dan kekecewaan di dinding facebook dan skype.
Mungkin tidak salah untuk kita meluahkan kesedihan sekali sekala, dengan
harapan ada yang membacanya akan memberikan kata semangat dan mendoakan. Tapi
usahlah terlalu kerap hingga hampir setiap hari menitipkan perkara yang sama.
Terlihat seperti orang yang terlalu mudah berputus asa.
Pernah juga saya
ditanya oleh adik-adik. Orang berdakwah ini memang suka putus asa ke. Suka
bersedih dan jatuh. Bila ditanya kenapa dia berkata begitu, katanya tengok
sahajalah facebook.
Bagi saya perkara ini
terlalu subjektif. Cuma bagi pandangan peribadi saya begitulah. Boleh sahaja
mahu menulis sedikit catatan hati tapi usahlah terlalu kerap. Umpama diari
sahaja dilihatnya. Facebook bukan tempat utama untuk meluah perasaan. Skype
juga bukan medan utama untuk melepaskan bebanan-bebanan di hati.Kalau lapar
carilah makanan di cafe. Kalau nak tidur carilah bantal. Kalau sedang
kesedihan, carilah Al-Quran. Tidak perlu hourly report di facebook.
Kejayaan itu tidak akan
datang bergolek. Setiap perkara perlu untuk diusahakan. Hatta seringan-seringan
perkara, untuk makan atau tidur sekali pun! Bila di sekolah asrama, banyak
peraturannya. Bila ke university, banyak benar assignmentnya. Bila bekerja,
penatnya pula tak terkira. Semua ini tidak akan berkesudahan, sehinggalah kita
berhenti merungut dan menjadi hamba yang bersyukur.
Berhenti merungut dan bekerjalah. Usah membuang masa meratapi waktu yang telah berlalu. Gunakan waktu yang masih bersisa untuk berusaha. InsyaAllah jika redha itu di hati, pasti Dia mudahkan segalanya.
Berhenti merungut dan bekerjalah. Usah membuang masa meratapi waktu yang telah berlalu. Gunakan waktu yang masih bersisa untuk berusaha. InsyaAllah jika redha itu di hati, pasti Dia mudahkan segalanya.
Salam imtihan. Semoga berjaya
di dalam apa jua bentuk peperiksaan, sama ada di dunia dan akhirat :’)
1 comment:
inspiring post utk orang cairo.. jazakillah! :)
Post a Comment