Dia seorang
manusia. Sama seperti yang lainnya. Bernafas dengan nikmat udara yang
diberikan, berjalan dengan nikmat kudrat yang masih kuat.
Dia juga
seorang anak, seorang rakan, seorang pelajar, seorang daie.
Dan
terpentingnya, dia juga seorang Hamba.
Dia punya
nikmat masa 24 jam. Sama seperti orang lain.
Tapi,
Jika orang
lain punya masa untuk keluar berjalan-jalan bersama kekasih, dia tidak punya
masa itu.
Jika orang
lain punya masa menonton wayang, dia tidak punya masa itu.
Jika orang lain punya masa untuk bergaduh dan bermasam muka,dia tidak punya masa itu.
Jika orang
lain punya masa untuk mencari kesalahan sahabat yang lain berbanding mengambil
ruang bermuhasabah diri, dia tidak punya masa itu.
Jika orang
lain punya masa hanya untuk diri sendiri, sungguh dia tidak punya.
Masanya
bukan untuk dirinya sendiri, tapi juga sekelilingnya. Untuk ibubapanya,
rakan-rakannya, untuk ummahnya, dan terpenting untuk Allah s.w.t.
Masa dia
terasa padat tapi berkat.
Masa yang
tersisa, semuanya adalah untuk mendamba keredhaan Allah.
Kerana
dialah daie sejati. Daie yang menjadikan
amal sebagai bicara dan saksi atas apa yang menjadi prinsip dan perjuangan
bukan lidah semata-semata tapi badan bisu tanpa amal! Nauzubillah jika badan
yang sudah bisu dari amal itu rancak pula membuat maksiat sedang lidah tidak
pernah berhenti berucap.
p/s :
selamat beramal di hari terakhir Ramadan.
Semoga kita
menjadi hamba yang Rabbani, bukan hamba Ramadan.
Semoga
Allah menerima amalan kita.